Sejarah Iridology
Sejarah iridologi bermula pada awal abad ke-19 yang memanfaatkan pengalaman remaja dari Budapest, Ignatz von Peczely, yang menemui titik hitam pada mata seekor burung hantu yang ketika itu telah patah kakinya.
Atas perikemanusiaan, dia merawat kecederaan kaki burung hantu itu sehingga pulih dan mendapati titik hitam pada mata burung tersebut akhirnya hilang.
Bermula daripada insiden itu, dia mula membuat kajian tentang mata dan kaitannya dengan penyakit sehinggalah dia dewasa. Dia kemudian mempraktikkan kaedah iridologi ke atas pesakitnya.
Menurut Azha, di Eropah dan Amerika Syarikat, doktor-doktor telah menggunakan kaedah iridologi sebagai salah satu rawatan pemeriksaan utama di semua hospital manakala di Malaysia kaedah ini masih baru berkembang.
Beliau yang merupakan pengamal perubatan alternatif pertama Malaysia menggunakan kaedah CIT telah memulakan operasinya sejak setahun lalu di kliniknya di Rawatan Alaf Murni, No. 10A, Jalan 2/2C, Regalia Business Centre, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, Selangor.
Ditanya mengapa kaedah itu tidak digunakan secara meluas di negara ini, Azha mengakui bukan mudah untuk menguasai bidang iridologi yang melibatkan pemeriksaan ke atas struktur tisu-tisu halus dalam mata.
``Kaedah dulu menggunakan kanta besar dan lampu suluh untuk memeriksa mata. Ia sama sekali tidak menyenangkan pesakit. Jadi sistem CIT yang saya jalankan adalah untuk memudahkan tugas iridologis itu.
``Malah, dengan sistem CIT yang diprogramkan mengikut pembahagian mata dan hubung kaitnya dengan anggota tubuh yang lain, individu biasa pun boleh menjadi pakar iridologi hanya bermodalkan kamera digital dan komputer,'' katanya.
CIT merupakan teknologi terkini sistem diagnosis yang cepat dan selamat tanpa menggunakan sebarang peralatan perubatan sama ada suntikan mahupun dadah bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Malah, CIT digunakan bagi mengkaji dan melihat punca sakit serta menggunakan kaedah perubatan Fitobiofiziks iaitu salah satu perubatan alternatif menggunakan penawar (formula) yang diperbuat daripada kuasa tenaga getaran
bunga.
Berikut adalah proses mudah menjalani pemeriksaan kesihatan diri menggunakan kaedah CIT dan rawatan Fitobiofiziks yang mengambil masa tidak sampai 10 minit:
1. Objek mata kiri dirakam dengan menggunakan kamera digital yang kemudiannya disimpan terus ke dalam disket sebagai rekod kesihatan peribadi.
2. Objek mata yang dirakam itu kemudian diterjemahkan ke dalam komputer dan diperbesarkan imej sehingga 200 peratus. Ini bertujuan melihat dengan jelas gegelung tekanan (stress ring) yang berwarna hitam dalam iris mata.
(Objek mata kiri yang dirakam adalah bagi membolehkan pesakit mengikuti perkembangan penyembuhan dan perbandingan gegelung hitam).
3. Setelah mengenal pasti kedudukan gegelung tekanan, seseorang itu akan diberikan formula tertentu (rawatan Fitobiofiziks) bagi merawat penyakit.
``Pengambilan formula ini akan menunjukkan kesan penyembuhan secara reverse dalam tempoh dua minggu bagi mengeluarkan penyakit secara habis-habisan dari
dalaman, contohnya bersin melampau dan jerawat makin banyak. Ini merupakan proses biasa,'' kata Azha.
Penyembuhan penyakit bergantung kepada tahap keseriusan lesion atau tisu-tisu dalam mata yang terhakis disebabkan penyakit-penyakit tertentu antaranya acute lesion, sub acute lesion, chronic lesion dan degenerative
lesion (keadaan organ yang menuju kepada kemusnahan).
Dalam hal sebegini, pesakit akan melihat sendiri tanda gegelung yang pelbagai terbentuk pada iris dan mendapat huraian penyakit berdasarkan bahagian-bahagian anggota badan tertentu mengikut sudut jam. Antaranya:
1. Gegelung tekanan yang kelihatan antara sudut pukul lima dan enam menunjukkan masalah pada sistem reproduksi seperti bahagian peranakan dan rahim serta gangguan hormon. Contohnya masalah senggugut atau aturan haid tidak betul malah kemandulan.
2. Gegelung pada sudut pukul 10 menandakan seseorang mengalami masalah hidung seperti resdung dan selesema manakala sudut pukul 11 pula menandakan rabun.
3. Gegelung pada sudut jam antara tiga dan empat pula membayangkan seseorang itu mengalami masalah seperti jantung dan paru-paru.
4. Sementara itu, gegelung putih yang membentuk di sekeliling iris mata pula menunjukkan sodium dan kolesterol yang banyak di dalam tubuh.
5. Sekiranya objek mata menunjukkan warna gelap sehingga tidak menampakkan gegelung tekanan kelihatan, ini menunjukkan perjalanan darah tidak lancar dan kotor disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.
``Apabila tanda-tanda gegelung besar dikesan pada mata, maka langkah-langkah awal boleh diambil bagi mencegah penyakit daripada menular.
``Tanda-tanda gegelung kecil pula merupakan tanda awal penyakit yang masih belum terasa simptomnya,'' ujar Azha yang juga merawat pesakit menggunakan kaedah pancaran tenaga aura (guided meditation) untuk penyakit batin.
Azha memberitahu, syarikatnya Rawatan Alaf Murni turut mengadakan kursus intensif kepada individu yang ingin mempelajari kaedah CIT.
Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 03-80700473 atau ke alamat beliau di
Azha Meri,
No 1, Taman Tenaga, Batu 9, Puchong, PJ.
Tel: 03-80700473
atau
Encik Azam
28, Jalan Macang, Taman Macang Manis, Bukit Mertajam
Tel : 04-5518151
HP : 012-4504110
Links to Other Sites
My Links
|